Asalamua'laikum,
Alhamdullilah atas kekuatan yang ALLAH berikan kepada saya untuk menulis sesuai dengan apa yang disarankan oleh nabi S.A.W.:"sampaikan sesuatu walaupun satu ayat"-menjadi penguat semangat kepada untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan...
Bacalah dengan nama tuhanmu-satu permulaan ayat yang diturunkan kepada nabi yang kita mungkin lihat mudah,namun hakikatnya ayat pertama yang diturunkan kepada nabi bukanlah sesuatu yang boleh dipandang enteng.
Tatkala nabi yang UMMI disuruh jibrail untuk membaca tentulah amat sukar untuk baginda mengeluarkan tutur bicara apatahlagi disuruh membaca!namun hakikatnya permulaan kepada ilmu adalah dengan kita membaca. dan pengetahuan yang lahir daripada membaca itu maka timbulah PERASAAN mahu dalam diri,merubah kepada jahil kepada berilmu,merubah yang buruk kepada yang bai,merubah mazmumah kepada mahmudah...
maka sebab itu permulaan ilmu dan pengetahuan tentang islam kita disuruh membaca denga NAMA ALLAH,,,supaya atas ilmu yang kita perolehi daripada membaca itu akhirnya membawa kita semula bertemu ALLAH... justeru pabila jari mula menulis ini diharap segala yang bermula dengan proses iqra akan terus berpanjangan.
ok..siruala barakatillah..
selamat membaca dan berkongsi,,insyallah.